Jata Hidupan Liar Sabah

Dua Garisan Bulatan

Melambangkan kepentingan  ekosistem yang pelbagai untuk dilindungi dan memastikan  habitat dan hidupan liar akan terus wujud dan menghindari sebarang kepupusan spesies.

Warna Kuning

Melambangkan kesetiaan dan komitmen yang jitu serta amanah bagi mencapai matlamat Visi dan Misi seiring dengan objektif dan fungsi jabatan bagi mengelakkan kepupusan hidupan liar di negeri Sabah.

Warna Biru

Melambangkan keselamatan dan keharmonian semua spesies hidupan liar dalam habitat semulajadinya dengan mengurangkan konflik diantara manusia dan hidupan liar. Menggalakkan penggunaan hidupan liar secara berkekalan berlandaskan peruntukkan Undang-undang Pemeliharaan Hidupan Liar yang berkuatkuasa.

Orangutan

Simbol utama menggambarkan salah satu spesis haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. Orang utan merupakan  spesis unik yang  merupakan spesis endemic di Borneo dan Sumatera.   

Hijau Pada Tulisan JHL

Melambangkan kepentingan mengekalkan keseimbangan alam sekitar  dan hutan sebagai habitat semulajadi hidupan liar menerusi pengujudan lebih banyak rangkaian kawasan-kawasan perlindungan di Ngeri Sabah.