Latarbelakang
SIMCA adalah merupakan sebuah kawasan yang pertama diujudkan di bawah peruntukan seksyen 21 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 sebagai kawasan konservasi. Gugusan kepulauan Sugud ini yang terdiri daripada Pulau Langkaian, Billean dan Tagaipil dan sekitar kawasan perairan cetek terumbu karangnya membentuk kawasan seluas 46,317 hektar ,telah diwartakan pada 3hb Disember 2001. SIMCA ini diujudkan bagi mengurus dan memulihara kawasan terumbu karang yang kaya dan penting bagi memelihara kepelbagaian biologi hidupan marin dikawasan ini dan juga bagi faedah eco-pelancongan.
Fakta Menarik Mengenai SIMCA
Ini juga merupakan satu contoh kejayaan Kerajaan menerusi Perkongsian pintar dangan pihak swasta (Reef Gardian Sdn Bhd) yang membantu jabatan mengendalikan usaha-usaha pemuliharaan terumbukarang di kawasan ini, konservasi penyu dan aktiviti penguatkuasaan. Reef Gardian yang mendapat konsesi daripada kerajaan mengurus kawasan SIMCA ini mendapat faedah daripada aktiviti eco-pelancongan
SIMCA juga terletak di dalam kawasan perairan "Sulu-Sulawesi Tri-National Sea Turtle Conservation Corridor".
Setiap pengunjung yang bermalam di Pulau-pulau ini akan dikenakan Yuran Konservasi sebanyak RM20 bagi setiap malam. Yuaran ini akan digunakan oleh SIMCA untuk menjalankan aktiviti pemuliharaan dan konservasi di kawasan ini.
Kemudahan Prasarana
SIMCA terletak lebih kurang 80 km dari tanah besar Bandar Sandakan yang mengambil masa perjalanan dengan bot laju 2-3 jam. Ianya juga terletak lebih kurang 40 km daripada Taman Pulau Penyu (Pulau Selingan, Gulisan dan Bakungan Kecil). Pulau Langkayan dan Pulau Billean mempunyai kemudahan resort yang dilengkapi dengan rawatan air kumbahan.