Latar Belakang

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1988 sebagai sebuah jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar pada masa itu ( Kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) adalah bertanggunjawabkan terhadap usaha-usaha Konservasi Hidupan Liar dan Penguatkuasaan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan CITES (Conservation Of International Trade in Endangered Species of Flora and Fauna).  Sebelum itu Jabatan ini lebih dikenali sebagai Mergastua yang merupakan satu bahagian di Jabatan Perhutanan Sabah iaitu Bahagian Hidupan  Liar dan Rekreasi dari tahun 1964 hingga 1987.