Pengawalan Hidupan Liar

Satu lagi peranan utama Jabatan ini adalah melaksanakan pengawalan hidupan liar yang menceroboh serta merosakkan tanaman pertanian. Jabatan hidupan liar membantu agensi-agensi, syarikat perladangan mahu pun individu dengan memberikan khidmat nasihat teknikal dan bantuan secara langsung dengan menghalau atau menangkap pindah haiwan-haiwan yang menyerang tananam pertanian atau mengancam nyawa, bergantung kepada keadaan. Peruntukkan seksyen 39 Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 secara jelas menerangkan bahawa adalah menjadai ntanggungjawab pemilik atau pemunya tanah untuk mengambil apa-apa langkah munasabah untuk melindungi tanahnya, tanaman dan harta lain daripada kemasukkan dan kerosakan oleh haiwan dilindungi. Antara spesies hidupan liar perosak  tetapi dilindungi ialah gajah, orang utan, landak, kera dan beruk. Sehubungan dengan ini jabatan juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh serangan mana-mana hidupan liar dilindungi ini. Tiada sebarang bentuk pampas an boleh dituntut kepada jabatan terhadap kerosakan atau kehilangan yang diakibatkan oleh serangan  hidupan liar dilindingi.