Penguatkuasaan

Bahagian Penguatkuasaan adalah bertanggungjawab dalam pengawalan semua aktiviti yang melanggar undang-undang hidupan liar. Fungsi utama bahagian ini ialah:

  • Menguatkuasa Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
  • Menjalankan sekatan jalan, rondaan dan pengeledahan
  • Menjalankan pemeriksaan hidupan liar peliharaan
  • Mengawal penyeludupan hidupan liar dan hasil-hasil hidupan liar
  • Menjalankan pendakwaan
  • Pengintipan dan penyiasatan kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang hidupan liar
  • Penyusunan semua maklumat berhubung dengan kegiatan-kegiatan pemburuan dan perdagangan hidupan liar
  • Bekerjasama dengan CITES dan TRAFFIC di peringkat antarabangsa dalam pengawalan penyeludupan dan perdagangan hidupan liar