Jabatan ini menjalankan kajian terhadap fauna Negeri sabah dan berkerjasama dengan institusi berkaitan di dalam dan luar negeri dalam program penyelidikan tertentu. Diantara aktiviti-aktiviti yang dilaksankan adalah seperti berikut:
- Penyelidikan terhadap kawasan yang dicadangkan untuk kawasan konservasi, rekreasi dan sebagainya.
- Menganjurkan ekspedisi saintifik ke habiat yang mempunyai nilai konservasi dan juga kawasan yang terancam disebabkan oleh aktiviti eksploitasi manusia.
- Menyediakan senarai rujukan spesies dan juga menentukan criteria bagi keutamaan konservasi spesies. Ini memnjalankan dari masa ke semasa secara berkala.
- Memulakan program pembiakan hiduapn liar yang merangkumi pembiakan dan penjinakan spesies terpilih.
- Mengumpul koleksi gamet dan embryo untuk dibekukan untuk simpanan dan penggunaan melalui ‘artificial insemination’ dan atau ‘embryo transfer’.