Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pengenalan

Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok telah dicadangkan pada tahun 1961 namun penubuhan pusat yang dibiayai oleh Kerajaan Sabah ini hanya menjadi kenyataan pada tahun 1964. Rizab ini dinamakan sempena nama dua batang sungai yang mengalir ke Teluk Sandakan. Tujuan Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok adalah untuk mengembalikan orangutan yang yatim, cedera atau terbiar kembali semula ke dalam hutan. Banyak orangutan yatim telah berjaya menjalani proses pemulihan dan dilepaskan ke dalam hutan simpan Kabili-Sepilok yang berkeluasan 4,294 hektar, iaitu hutan dara yang kaya dengan hutan hujan tropika dan paya bakau. Proses pemulihan bermula sebaik sahaja orangutan diterima masuk ke pusat ini dengan pemeriksaan kesihatan yang teliti, diikuti dengan kuarantin untuk tempohmasa tertentu bagi menghapuskan penyakit berjangkit. Orangutan muda menghabiskan masa mereka di Taman Asuhan Dalam  untuk mempelajari kemahiran penting bagi kehidupan di hutan, contohnya cara mencari makanan, membina sarang dan memanjat. Setelah siap, mereka akan dipindahkan ke Taman Asuhan Luar di mana kebebasan adalah lebih tetapi pergantungan kepada makanan dan sokongan emosi dikurangkan. Akhirnya, kebanyakan orangutan akan dibiar hidup bebas sepenuhnya dan bersepadu dengan populasi orangutan liar di Sepilok. Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok dibuka setiap hari pada 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari, 02:00 petang hingga 4:00 petang, pada hari Jumaat, 9.00 pagi hingga 11 pagi dan 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Pengangkutan

Perjalanan dari Bandar Sandakan ke Sepilok hanya mengambil masa 45 minit menggunakan bas dan tambang hanya RM 4 seorang. Jadual masa perjalanan bas adalah: 

Dari Bandar ke Sepilok Dari Sepilok ke Bandar
09:00 pagi 10:30 pagi
10.:30 pagi 11:30 pagi
11:30 pagi 12:30 tengahari
1:00 tengahari 2:00 petang
2:00 petang 4:00 petang

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan mengambil masa 5 jam menggunakan bas, berhenti di persimpangan 'Jalan Sepilok’, yang sejauh 2.5 km lagi perjalanan ke Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok. Penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa 45 minit dan untuk datang ke Pusat ini boleh menggunakan perkhidmatan teksi.

Bayaran Masuk 

Bayaran Masuk RM
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas 5.00 seorang
Warganegara Malaysia berumur di bawah 18 tahun 2.00 seorang
Bukan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas 30.00 seorang
Bukan warganegara Malaysia berumur di bawah 18 tahun 15.00 seorang

 

Bayaran Masuk RM
Penggunaan kamera, kamera video atau peralatan rakaman video yang lain untuk kegunaan peribadi 10.00 seunit
Penggunaan kamera, kamera video atau peralatan rakaman video yang lain untuk tujuan komersil dan profesional 1,000.00 seunit
Penggunaan peralatan membuat filem 10,000 bagi tempoh yang tidak melebihi tujuh hari berturut-turut atau sebahagian daripadanya

Kemudahan disediakan

Resort Telefon & Faks
Sepilok Jungle Resort Tel:089-533031
Faks:089-533029
Sepilok Forest Edge Resort Tel:089-533190 
Labuk B & B Tel:089-533190
Faks: 089-533245
Sepilok Rest House Tel:089-534900
Faks: 089-534800
Sepilok Nature Resort Tel:089-535001
Faks: 089-535002
Sepilok B & B Tel: 089-534050

Aktiviti Rekreasi

Selain memberi makan kepada orangutan sebanyak dua kali sehari, terdapat pelbagai denai dan aktiviti berjalan kaki dalam hutan simpan; dari hutan hujan tanah tinggi tropika, ke hutan paya bakau tanah rendah di mana hidupan liar dapat dilihat termasuk orangutan, dan haiwan nokturnal apabila berjalan kaki pada waktu malam. Aktiviti berjalan kaki berbeza dari 250 m hingga ke 5 km.