Sepilok Orangutan Appeal-UK

Cik Sue Sheward yang merupakan pengasas kepada Orangutan Appeal UK ini, pada mulanya hanyalah berniat untuk memberikan komitmen membantu usaha-usaha pemuliharaan orangutan di Sepilok. Kini Orangutan Appeal UK telah dianugerahkan status Tabung Rasmi UK dan didaftarkan di England.

Orangutan Appeal UK yang ditubuhkan pada tahun 2000, berperanan untuk memberikan bantuan dan mencari dana bagi projek-projek yang melibatkan pemuliharaan, kesedaran awam dan konservasi orangutan di Borneo, Malaysia dan Indonesia.

Sukarelawan appeal juga dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja sukarela di pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok Sandakan. Antara projek yang melibatkan kerjasama erat Appeal UK dan Jabatan Hidupan Liar ialah dalam kajian “Orangutan Post- release Monitoring Projek” di Rizab Hidupan Liar Tabin.