Soalan Lazim

  1. Apakah maklumat yang diperlukan ketika membuat laporan kepada Jabatan Hidupan Liar berkenaan gangguan hidupan liar?
    Pihak Jabatan memerlukan nama dan no. talipon pengadu, lokasi kejadian, alamat, spesis hidupan liar yang mengganggu dan masa kejadian (jika berkenaan). Pengadu juga boleh mengisi borang e-aduan yang terdapat di laman web ini.
     
  2. Jika terdapat banyak kucing liar/anjing liar di kawasan perumahan kami adakah kami boleh melapor kepada Jabatan Hidupan Liar untuk membantu?
    Semua spesis haiwan tempatan yang berasal dari negara ini adalah tertakluk di bawah kuasa Jabatan Hidupan Liar kecuali haiwan peliharaan domestik seperti anjing/kucing dan haiwan ternakan.
     
  3. Apakah jenis tindakan yang diambil oleh Jabatan Hidupan Liar terhadap aduan gangguan kera?
    Tindakan tangkap pindah akan diambil. Kera-kera yang ditangkap akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Tindakan pelupusan akan dilakukan terhadap kera yang menyebabkan kecederaan terhadap manusia.
     
  4. Berapa cepatkah tindakan akan diambil setelah aduan diterima oleh Jabatan Hidupan Liar?
    Pihak Jabatan Hidupan Liar akan menjalankan siasatan dalam tempoh kurang dari lima (5) hari bekerja manakala bagi kes kecemasan, aduan akan diambil tindakan dengan segera setelah maklumat diterima.
     
  5. Apakah langkah terbaik bagi menangani masalah gangguan gajah liar di kawasan saya?
    Jika mempunyai peruntukan yang mencukupi, pemasangan pagar elektrik yang diselenggara dengan baik, pembinaan parit yang dalam dan rondaan kerap di kawasan terbabit dapat menghalang gajah daripada memasuki kawasan anda.
     
  6. Kenapakah kakitangan Jabatan Hidupan Liar hanya mengambil tindakan tembak halau terhadap gangguan gajah liar di kawasan kampung dan ladang pertanian?
    Tindakan tembak halau terhadap gangguan gajah akan dijalankan apabila kawasan gangguan berada berhampiran dengan hutan besar. Sekiranya kawasan gangguan gajah terletak jauh dari hutan besar serta mengancam nyawa manusia, tindakan tangkap pindah akan dijalankan oleh pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah.
     
  7. Apakah itu CITES?
    CITES atau Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora merupakan satu konvensyen antarabangsa di mana Malaysia menjadi ahli. Konvensyen ini membolehkan negara-negara bekerjasama untuk memantau perdagangan antarabangsa spesis fauna dan flora, termasuk spesis hidupan liar tempatan yang disenaraikan di bawahnya. Untuk maklumat lanjut, klik CITES.
     
  8. Bolehkah saya membeli dan menyimpan hidupan liar yang dijual di kedai peliharaan haiwan?
    Ya, anda dibenarkan membeli dan menyimpan hidupan liar tersebut sekiranya kedai tersebut dilesenkan oleh Jabatan. Dapatkan resit pembelian dan panjangkannya kepada Jabatan Hidupan Liar bagi mendapatkan lesen memelihara.

     
  9. Apa saya perlu buat apabila hidupan liar yang saya pelihara itu mati?
    Maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada Jabatan Hidupan Liar.

     
  10. Apa itu RAMSAR dan apa matlamatnya?
    RAMSAR adalah nama sebuah Bandar di Iran, dimana Konvensyen Tanah Lembap pertama berlangsung pada tahun 1971. Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memulihara tanah lembap yang merupakan tempat berehat dan mencari makan burung-burung hijrah.

     
  11. Apakah status atau perkembangan susulan dari konvensyen RAMSAR di negara ini?
    Malaysia telah menganggotai Sidang Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa atau RAMSAR pada tahun 1994. Tasek Bera di Negeri Pahang telah diistiharkan sebagai tapak RAMSAR pertama negara ini pada tahun tersebut. Sehingga kini terdapat lima 6 kawasan telah diisytiharkan sebagai Tapak RAMSAR iaitu Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup di negeri Johor, Kuching Wetland National Park di negeri Sarawak, Hutan Simpan Bakau Kulamba dan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan di negeri Sabah. Terdapat 26 kawasan lain di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak turut telah dikenaspasti sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa.

     
  12. Apakah maksud atau definasi tanah lembap dan apakah kepentingannya dalam kehidupan?
    Umumnya tanah lembap adalah merujuk tanah-tanah yang ditenggelami air atau tembusi air sepanjang masa atau sebahagian tempoh masa sahaja, samada secara semulajadi atau buatan manusia. Tanah lembap memainkan peranan penting dalam kehidupan khususnya dalam proses kitaran air selain ia merupakan habitat pelbagai tumbuhan dan haiwan. Selain itu ia mempunyai nilai-nilai ekonomi, budaya, saintifik dan rekreasi.

     
  13. Apakah jenis-jenis tanah lembap yang terdapat di Sabah dan sebutkan contoh-contohnya?
    Terdapat 3 jenis, dan contoh-contohnya adalah seperti berikut:
    • ‚ÄčTanah Lembap Pesisiran Pantai/marin - Air laut yang kedalamannya kurang dari 6 meter, dasar akuatik separa pasang surut, terumbu karang, pantai berpasir, hutan bakau pesisir pantai, muara sungai, dataran lumpur pasang surut dan lagun.
    • Tanah lembap air tawar pendalaman - Sungai dan anak sungai yang kekal termasuk air terjun, sungai dan anak sungai bermusim,dataran banjir sungai termasuk lembangannya, tasik air tawar kekal, tasik air tawar bermusim, kolam air tawar kekal, kolam air tawar bermusim, paya rawa atau rumput,paya air tawar dan paya hutan, hutan paya gambut, hutan nipah, hutan gelam, paya lain seperti paya sagu, paya berkayu dan mata air tawar
    • Tanah lembap buatan manusia - Kawasan takungan air seperti empangan hidroelektrik, kolam akuakultur, Kawasan galian, rawatan sisa buangan, pengairan dan saliran termasuk sawah padi, kolam lain seperti kolam lading, kolam simpanan air, tanah rawa, tasik buatan dan tasik air masin buatan.