Kesedaran Awam

Kesedaran Awam atau Pendidikan Alam Sekitar adalah merupakan salah satu aktiviti penting sebagai usaha untuk mengajar dan mengajak orang awam untuk menyayangi dan menghargai sumber-sumber hidupan liar dan alam sekitar.

Bahagian ini adalah Bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat tentang konservasi dan pemuliharaan hidupan liar. Sasaran utama  program ini ialah murid-murid sekolah, dan orang awam. Program ini menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  1. Penayangan slaid, video, dan sebagainya kepada pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
  2. Menganjur aktiviti-aktiviti kesedaran awam bagi meraikan sambutan perayaan berkaitan alam sekitar dan hidupan liar.
  3. Penyiaran program konservasi melalui radio dan TV.
  4. Penerbitan maklumat mengenai hidupan liar dalam bentuk risalah-risalah dan majalah berkala.
  5. Pengumpulan gambar-gambar atau specimen awet hidupan liar untuk pendidikan.